Friday, November 6, 2009

kenangan mengusik jiwa

Hello3...hahah lame sungguh gua tak update blog ni. Bukan pe, gua sibuk dengan keje2 aku plus takde idea sgt nk tulih. Tapi ari ni gua nk wat penghargaan kat INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA-KAMPUS DARULAMAN (IPGM KAMPUS DARULAMAN) atau dulu dikenali sbg INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN (IPDA). Disebabkan gua dah abih exam semalam, so mase gua mmg byk la utk wat mende2 ni..haha.Pada sesiapa yg tak tau lg ape gua buat skg, gua adalah bakal cikgu.

Mei 2008

Time ni gua still lg bekerja kt kilang Jepun kt Bangi..Nama kilang tu Southern Nissha Sdn. Bhd. Tempat die kt Seksyen 10. Tp gua rase cm nk apply kerja gov. So, gua pn apply la KPLI sebab time tu iklan die tgh keluar. Minat jd guru ni boleh pupuk beb..haha. Gua duk kilang tu sampai bulan 7 je..Pastu chow la..Khidmat aku tak diperlukan lg. Takpe ah, aku peduli ape kn.



kilang3..itu saja yg kamu tau

Julai 2008

Aku menganggur. Dah nk masuk 2 bln. Pastu aku gi exam utk KPLI. Time tu kt Sek. Keb. Chendering, K. Trg. Soalan sahsiah beb. Campur math sket, IQ sket, analitikal sket, sains sket..Sume sket2 je..haha. Soalan sahsiah je 130 soalan jwb dalam masa stgh jam..hahahaha..lu org bygkan la

4 Sept 2008 (4 Ramadhan 1430H)


Lps kene berenti keje kilang, aku gi interview sane sini. Tp rezeki aku takde lg time ni..Merate dah aku gi interview, mcm2 company.. Bank, kilang, NGO, KFC, lawyer, majistret? ape? ahli musssiiikkk..pantang datuk nenek aku bermenantukan ahli musssiiikkk...hahahahaha bodo parok...Mmg takde rezeki. Tp tanggal 4 Sept ni aku gi interview utk KPLI kt IPGM K.TRG(skg dikenali Institut Pendidikan Guru Datuk Razali Ismail). Aku sorg je laki time ni, yg selebihnye pompuan..hahahaha..market maukk rase..

24 Dis 2008

Mase ni ganu banjir..Aku rase depress gk takdok keje..Takde mase depan rase. Tp 4hb 12 2008 aku gi interview kt kilang Opcom Holding Shah Alam. Tak pyh la gua cite byk pasal company ni. Gua gi ngn pakcik gua balik ari je K.Trg-Shah Alam naik Pajero. Gua rase terhutang budi maukk kt pakcik aku. Susoh pyh tlg gua redoh banjir gi interview semate2 gua nk keje. Dan gua diterima bekerja. Tp Allah Maha Pemurah. klo Tuhan nk bg rezeki, Die tetap akan bg. 24 hb result sama ada aku diterima utk kursus KPLI, keluar dan aku diterima, bakal ditempatkan di Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah. Lu org tgk, sekali dpt keje, 2 terus. Pok sedap..



saje upload..tibe2 rase hensem..hahaha

12 Jan 2009

Gua daftar kt IPDA. Gua redah K.Trg-KL. Pastu KL-Jitra sorg diri je. Naik bus. Dahla tak pernah dtg belah2 utara ni. Tp Allah Maha Pemurah. Die senangkan keje gua ngn hantar insan yg bernama Izhwan Samad utk tlg aku daftar. Samad ni askor pencen KTU.hahaha. kebetulan dtg Jitra ade hal..Detik ni bermula lah sinar baru idup aku..Gua dpt rasekan thn 2009 thn kebangkitan gua.

5 Nov 2009

Last day KPLI. 3,4,5 Nov gua ade exm final..Tawakkal jela.Moga2 Tuhan tlg aku. Mcm2 gua dpt pengalaman spjg duk sini..Hidup gua semakin bersinar skg..Pada sinarmu pasti kn suluhnyaaa...

Moral: Gua rase nk bukukan je kisah idup gua..hahahah

Sinaran matamu bak kejora..di tengah malam..menyuluh kedamaian hati... - Search




Saturday, October 10, 2009

semalam yang hangat (9 Okt 2009)....

Aku pilih tajuk tu untuk entry kali ni bukan ade ape2 yang special pun. Cume semalam aku buat banyak aktiviti sket..So, semalam yang hangat la kan...hahahahhaha..Aku dgn rasa tawadduk nye nk cite sket la ape aku buat..hehe.

Silakan cite...
Baik...Aku mulakan.Pagi-pagi aku ngn housemet aku dah book court badminton untuk ape??..Untuk main badminton la..Takkan berenang kot..Dah janji ngn beberapa kerat member gua nk main badminton..Book pukul 10pg, tp dtg2 je tgk die ckp kitorang dtg lambat, so kene tunggu pkul 11. Birat betul aku, aku dah la tgh excited nak bersukan ni..Nak gi sembahyang Jumaat lagi..Tp nasib baik la ade manusia baik kt situ, dia tak pakai court dah, so dia bg kitorang gune je court yg die book tu..Thanks la geng.
Nak upload gambar pn xde gambar time main tu.

Lepas tu watpe?
Sembahyang Jumaat la pulak..Zuhur..Nak dijadikan cite, brader rumah sebelah aku ni, ajak mkn tghari lak lepas sembahyang..Die belanje kitorang 1 rumah..Pehhh..Memang baik dia ni. Selalu ajak kitorang makan kt rumah dia...

Lepas tu ape dieeeeee?????
Lepas tu aku rehat kejap kt rumah sambil belek2 nota...Belek je..hahahaha. Pukul 4.30ptg, gua n the geng siap2, nk gi rumah terbuka My Mama(Pn Roslina)..hehehe..pegi2 je balun makan byk2..Rumah mama la katekan..Wat2 xsegan je..Mama memang caring gile kt kitorang 2 org..heheheh..



kat rumah my mama..open house

Sempat gk la gua borak2 ngn husband dia ngn dia..Sembang kosong je. Boleh lak die tnye aku ni bile nk kenduri..hahahaha..Lambat lagi la mama..Mama tolong pinangkan si dia la k..
Lepas balik dr open house je, aku terus one shot gi Bukit Wang. Bukit Wang ni kawasan air terjun, cm ala2 Sg Gabai la..Memang sebijik Sg Gabai pn.Cume ni masuk free la..Saje gi tinjau2 sane, nanti plan nk mandi gk sekali. Bosan2, main air ah ape lg..



gambar kenangan je ni



pandangan sipi je



pehhh...sape cair tgk pic ni??haha

Then, ape lg ko wat??
Hahaha aku rase cm bodoh dah, bg soalan pastu jwb sendiri..Lepas tu balik la..Tapi xbalik kosong la, balik2 je, solat terus gi menebas lalang yg tinggi dr orang dah, kt depan rumah. Tebas la kitorang 4 org gune tulang 4 kerat. Dah de 4 orang, jd 16 kerat tulang la sume. Kerat2 wat sup tulang..hahaha..merepek dah aku..



aku la tu menebas, sape lagi...



aku sorg je xpakai baju..gi pengsan la..sape suruh lu org tgk..hahaha

Malam, aku cm bese je. Duk rumah je..Layan kepala tido..

Semalam..itu semalam..hari ini aku hidup dalam dunia yg aman... - Wings

Monday, September 28, 2009

Kemenangan disambut

Rasanya belum terlambat lagi aku nk mengutuskan selamat hari raya kepada sesiapa saja umat Islam kt dunia ni. Macam biase la, lepas puasa, mestila raya kan. Tu tanda kemenangan kepada kite yg berjaya mengawal nafsu sebulan tahan lapar dahaga dan tahan dari perbuatan mungkar..kan? Oleh itu, aku nk mintak maaf atas segala salah silap aku kt sape2 yang penah aku wat salah dulu..Semoge anda semua beroleh keberkatan.


kaum kerabat

Selepas raya aku akan kembali kepada kehidupan asal kt Kedah. Tapi aku boleh katakan yg aku tak lama dah duk Kedah ni. Lepas ni pn aku tak tau aku akan duk mane (posting la beb..). Ape2 hal lu org kawan2 gua mmg best la...


Monday, September 21, 2009

TRIBUTE TO SKPN

Entry ni gua tujukan khas buat seluruh warga Sek Keb Pulau Nyior, Jitra..Gua baru je abis menabur bakti kat sana..Ape-ape hal, lu orang layan la gambar-gambar ni dulu..pastu baru boleh cite lagi lanjut.


ni la keje gua skang kpd sape2 yg tak tau lg


terpakse beb main menatang ni..tp gua sporting


antara sumbangan kenangan aku..pasang rama2 kt langsir



hari2 terakhir aku kat sini


my mama (baju ungu)..haha

Aku baru je selesai menjalani praktikal kt sini. Lame gak la aku duk sini. Dalam 3 bulan start 21 Jun sampaila 17 Sept baru ni.. Macam- macam pengalaman beb gua dapat. Aku mula dari kosong sampaila aku dapat secebis ilmu untuk jd pendidik. Aku kene ajar subjek sains (ajar dalam English tu weh..), English (ajar je la dah orang suruh..kan?) .Special thanks to pentadbir sekolah, guru pembimbing aku (my mama..hahahaha), Pn Roslina Ariff (bg duit raya RM50 tu kat aku..haha). Guru pembimbing aku ni mmg terbaik la..Rajin, tak kedekut ilmu, senang mintak tolong. Kadang2 aku rase takut lak sebab aku duk ajar kelas dia, ye la takut budak2 tak paham kan. Tak pasal2 jahanam anak murid dia..hahaha..Tapi takpe, aku yakinkan diri je.
Special thanks to my partner too, Shahrir. Dia ni byk gk la tolong aku. Susah senang bersama la kan. Yang paling aku nk ucap terima kasih, orang yg banyak memberi tekanan kat aku sepanjang aku praktikal. hahahahahaaha..Tekanan tu yang buat aku lebih bagi tumpuan kt kerja2 aku time praktikal. Memang aku sangkal terang2 la sape2 yang ckp cikgu ni keje senang. Yela mau tak nye gila ke nak wat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang detail hari-hari. Teaching aids (ABM) lagi. ABM takkan nak wat yg tipikal kan..Sekali-sekali kene ubah teknik. Skang zaman ICT beb, cikgu kene la berinovasi sket, jgn terlalu konservatif. Lagi2 time nk kene observe, memang aku ignore je sume bende...Sape telan lada hitam, memang dia rase pedas la kan..haha. Thanks sape2 yg sokong aku, bg tekanan kt aku, aku bereh je...hahaha


Wednesday, August 26, 2009

Agungya Allah...

Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.


Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.

Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).

Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.

Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.

Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Terapi solat, sembuh penyakit

Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.

�Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik,� akui Dr Fatimah lagi.

Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.

Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.

Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.

Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._

Monday, August 24, 2009

Ramadan...

Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith)

Alhamdulillah, tahun ini kita masih dikurniakan kesempatan untuk menemui Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan diinsafi sebagai bulan tarbiyah dan bulan tazkiyyah, memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya bagi meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”

Ibadah puasa harus dihayati melangkaui takrif menahan diri dari lapar dan dahaga. Puasa merupakan satu terapi untuk kita bemuhasabah. Ia menuntut kesabaran dan memberi kekuatan pada mereka yang memanfaatkannya sebaik mungkin. Bediuzzaman Said Nursi ada mengatakan, “puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu”.

Semoga Ramadhan ini memberi kekuatan kepada kita untuk terus memperkemaskan diri untuk memanjat tangga keimanan ke arah mencapai redha Ilahi, inshaAllah.


remark: aku ambik kt internet je..bace jela sebagai info...

Tuesday, August 11, 2009